Tuesday, July 26, 2005

Kensel la pulak

Salina hantar mesej, pertemuan Sabtu nanti kensel sebab kawan dia tu ada hal. Sabar aje la.

Semalam dapat mesej dari bekas tunang minta pulangkan balik semua barang hantaran atau bayar ganti rugi. Macam mana nak pulangkan balik barang tu, kek dah abis kena makan, buah pun dah abis kena makan, baju kemeja dah lusuh aku pakai, tuala, sejadah semuanya dah guna. So aku janji nak bayar gantirugi yg dianggarkan RM400 lebih kurang. Aduh! Dah la aku tengah miskin sekarang nie, mana nak cari duit ya. Sabar aje la.

Insya Allah, Allah akan bagi rezeki yg tak diduga. Harap2 begitulah.

Monday, July 25, 2005

Teman baru?

Semalam kawan aku Salina call. Insya Allah hari Sabtu 30 Julai ini aku akan ke Teluk Intan Perak utk bertemu kawan Salina. Salina nak perkenalkan aku kepada kawan dia yg sama2 mengajar di Teluk Intan.

Saturday, July 23, 2005

Balik kampung?

Dah semingu aku rasa sepi dan kosong. Hajat di hati nak balik kampung, makan tidur tapi tak dapat izin mak pulak. Dulu aku dah rancang nak offkan hanset dan biarkan nombor tu ditamatkan dengan sendirinya. Aku mahu lupakan orang2 yg mahu aku lupakan. Aku mahu lari dari mereka, menyembunyikan diri.

Dah mak tak bagi, apa nak buat. Terpaksalah fikirkan rancangan lain selain dari balik kampung. Apa aku nak buat ya?

Ntah.

Ntah.

Ntah.

Memang hidup ini cukup boring bila keseorangan dan kesepian.

Balik kampung kot. Tapi tak leh, mak tak izinkan. Hmmm..pindah negeri la. Pindah Kedah ok gak. Kat situ ada Musa jer. Leh aku tumpang dia sementera aku dapat kerja baru dan mulakan hidup baru. Tapi nyusahkan dia lak. Hmmm...memang nyusahkan pun. Dah nama kawan, sekali sekali apa salahnya susahkan dia. Tapi...dah dia tu kawan aku nape lak aku nak susahkan dia ye tak? Abis tu kalau aku tak susahkan kawan aku aku nak susahkan siapa lagi? Takkan nak susahkan orang yg aku langsung tak kenal. Lagi la tak boleh sebab mereka mesti tak nak susah kerana aku.

Ntah.

Thursday, July 21, 2005

Ombak Rindu

SAYA JUGA BUKAN LELAKI YANG BAIK. SAYA BUKANNYA MENCARI KESEMPURNAAN WAFI KERANA SAYA SEDAR KITA TAK AKAN JADI MANUSIA YANG SEMPURNA. PASTI ADA CACAT CELANYA DI MANA-MANA. BILA SAYA MELAMAR BERMAKNA SAYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETIDAKSEMPURNAAN WAFI.
Ombak Rindu
Oleh Fauziah Ashari
m/s 429
Beberapa gadis yg aku lamar menyatakan yg aku terlalu baik, mereka tidak baik, mereka tidak layak utk aku. Aku bosan dengan alasan begini kerana aku tau aku juga tidak sempurna, ada kelemahan. Sayangnya waktu tu aku tak tau macam mana nak jawab sepatutnya, seperti petikan di atas. Pernah sekali aku jawab "kalau begitu saya kena jadi tak baik la supaya layak, supaya sesuai dengan awak?".
Aku tahu itu bukanlah jawapan yg baik. Bukan itu sebenarnya yg mereka nak dengar. Mereka mahu tahu setakat mana kesungguhan aku mahu memiliki mereka. Setakat mana aku sanggup bertolak ansur, berkorban kerana mereka. Mereka mahu aku pujuk rayu dengan kata2 indah yg memikat hati...malangnya aku bukan jenis begitu. Aku tak suka memujuk. Justeru...aku kesepian kini. Ombak rindu melanda jiwa. Rindu pada orang yg bukan milik aku.

Monday, July 18, 2005

Single again

10 pagi Isnin.
9.30 pagi jumpa ngan Fari (kawan waktu UKM) hantar resit takaful dia. Lepas tu masuk cc check email. Ad 65 email, hampir semuanya dari egroups ipuukm. Ada satu email dari egroups 5 sains 5 KISAS 1995. Dah 10 tahun rupanya telah berlalu. Cepatnya masa berlalu. Kami rancang nak adakan grand union sempena 10 tahun meninggalkan KISAS. Sekadar membaca, tanpa membalas. 10 tahun berlalu rupanya cukup lama. Cukup utk menghakis rasa kasih, sayang, rinduku pada KISAS. Dulu setahun dua selepas meninggalkan KISAS aku sering juga ke sana melawat adik-adik. Semakin masa berlalu kasih semakin berkurang. Entah bila kali terakhir aku menjejakkan kaki ke KISAS aku pun tak ingat. Mungkin 6,7 tahun yg lalu.

Benarlah cinta saja tak cukup utk mengekalkan sesuatu perhubungan. Semakin lama masa berlalu semakin cinta pudar ditelan zaman. Tidak ada apa yg aku lakukan utk memupuk, membaja dan menyuburkan lagi cintaku itu, sebab itulah ia makin pudar dan hampir sirna.

Single again? Yes I'm single now. Sebenarnya dah lama aku putus tunang, dah dekat sebulan kot. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa aku telah ditinggalkan. Pertunangan kami telah putus kerana tiada persefahaman. Hari demi hari berlalu aku terus diulit khayalan bahawa dia akan kembali ke sisi aku namun hakikatnya....aku keseorangan. Kini aku tiada pilihan lain selain menerima hakikat bahawa dia bukan milikku. Tiada jodoh antara kami.

Apa aku nak buat sekarang ya? Sekali fikir aku nak balik kampung. Nak off hanset dan biarkan nombor itu ditamatkan setelah 3 bulan. Aku mahu sendirian. Mahu lupakan kenangan lalu. Dua kali fikir....aku sayang nak tinggalkan BBBangi ini. Aku suka berada di sini. Aku suka tinggal di sini. Setiap hari Isnin dan Rabu aku ada kelas latihan silat Cekak di UKM. Hari Khamis 1 & 3 ada kuliah oleh ustaz Harun Din. Perpustakaan dekat saja dengan rumah sewa aku. Hampir setiap minggu aku ke sana menghabiskan masa terluang. Banyak benda yg aku suka dengan BBBangi ni.

Tanpa sedar telah 8 tahun aku bermastautin di sini. 8 tahun! Satu tempoh yg agak lama. Mulai dari tarikh mendaftarkan diri di Kolej Ibu Zain UKM pada Mei 1997 hingga sekarang. Banyak kenangan di sini. Ada manis, ada indah. Ada sedih, ada pilu. Alhamdulillah aku tidak merasai kenangan pahit. Atau mungkin ada tapi aku tidak mahu mengakuinya. Rasa-rasanya tidak ada. Memang tak ada rasanya. Ahhh..indahnya hidup ini. Justeru aku jadi takut. Langit tidak selalu cerah. Apa akan berlaku pada diriku pada masa akan datang? Tabahkah hatiku menempuh peristiwa pahit nanti? Moga2 Allah terus memberi aku kekuatan utk sabar dan redha dengan ujianNya.