Monday, July 18, 2005

Single again

10 pagi Isnin.
9.30 pagi jumpa ngan Fari (kawan waktu UKM) hantar resit takaful dia. Lepas tu masuk cc check email. Ad 65 email, hampir semuanya dari egroups ipuukm. Ada satu email dari egroups 5 sains 5 KISAS 1995. Dah 10 tahun rupanya telah berlalu. Cepatnya masa berlalu. Kami rancang nak adakan grand union sempena 10 tahun meninggalkan KISAS. Sekadar membaca, tanpa membalas. 10 tahun berlalu rupanya cukup lama. Cukup utk menghakis rasa kasih, sayang, rinduku pada KISAS. Dulu setahun dua selepas meninggalkan KISAS aku sering juga ke sana melawat adik-adik. Semakin masa berlalu kasih semakin berkurang. Entah bila kali terakhir aku menjejakkan kaki ke KISAS aku pun tak ingat. Mungkin 6,7 tahun yg lalu.

Benarlah cinta saja tak cukup utk mengekalkan sesuatu perhubungan. Semakin lama masa berlalu semakin cinta pudar ditelan zaman. Tidak ada apa yg aku lakukan utk memupuk, membaja dan menyuburkan lagi cintaku itu, sebab itulah ia makin pudar dan hampir sirna.

Single again? Yes I'm single now. Sebenarnya dah lama aku putus tunang, dah dekat sebulan kot. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa aku telah ditinggalkan. Pertunangan kami telah putus kerana tiada persefahaman. Hari demi hari berlalu aku terus diulit khayalan bahawa dia akan kembali ke sisi aku namun hakikatnya....aku keseorangan. Kini aku tiada pilihan lain selain menerima hakikat bahawa dia bukan milikku. Tiada jodoh antara kami.

Apa aku nak buat sekarang ya? Sekali fikir aku nak balik kampung. Nak off hanset dan biarkan nombor itu ditamatkan setelah 3 bulan. Aku mahu sendirian. Mahu lupakan kenangan lalu. Dua kali fikir....aku sayang nak tinggalkan BBBangi ini. Aku suka berada di sini. Aku suka tinggal di sini. Setiap hari Isnin dan Rabu aku ada kelas latihan silat Cekak di UKM. Hari Khamis 1 & 3 ada kuliah oleh ustaz Harun Din. Perpustakaan dekat saja dengan rumah sewa aku. Hampir setiap minggu aku ke sana menghabiskan masa terluang. Banyak benda yg aku suka dengan BBBangi ni.

Tanpa sedar telah 8 tahun aku bermastautin di sini. 8 tahun! Satu tempoh yg agak lama. Mulai dari tarikh mendaftarkan diri di Kolej Ibu Zain UKM pada Mei 1997 hingga sekarang. Banyak kenangan di sini. Ada manis, ada indah. Ada sedih, ada pilu. Alhamdulillah aku tidak merasai kenangan pahit. Atau mungkin ada tapi aku tidak mahu mengakuinya. Rasa-rasanya tidak ada. Memang tak ada rasanya. Ahhh..indahnya hidup ini. Justeru aku jadi takut. Langit tidak selalu cerah. Apa akan berlaku pada diriku pada masa akan datang? Tabahkah hatiku menempuh peristiwa pahit nanti? Moga2 Allah terus memberi aku kekuatan utk sabar dan redha dengan ujianNya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home