Friday, November 11, 2005

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya buat semua teman yg mengunjungi blog aku ini. Hari ini 9 Syawal 1426H bersamaan 11/11/05.

Sepatutnya esok hari yg penuh ceria dan berbahagia buat aku. Sepatutnya esok aku dinobatkan sebagai raja sehari. Namun apakan daya aku hanya mampu merancang, nampaknya Dia telah menentukan bahawa jodohku masih belum sampai lagi.

Sebulan lebih lagi usiaku meningkat menjadi 29 tahun. Cepatnya masa berlalu. Teringat sejak dulu aku berangan2 utk mendirikan rumah tangga seawal usia 23 tahun. Bila tiba usia 23 tahun aku masih lagi study di UKM, belum bekerja oleh itu aku tangguhkan ke usia 25 tahun. Menjelang 25 tahun aku masih belum mempunyai kerja tetap, belum mampu menyimpan wang utk perkahwinan maka aku harap di usia 27 tahun aku akan melangsungkan perkahwinan. Nampaknya takdir menentukan pada usia 27 tahun dan sekarang 28 tahun aku masih lagi sendirian.

Mungkinkah Syawal tahun depan jodohku tiba? atau mungkinkah tahun depan juga aku masih lagi sendirian? Allah Yang Maha Mengetahui...

Ya Allah pertemukanlah aku dengan hambaMu yg mukminah, jadikanlah dia penyejuk mataku, pendorong aku utk lebih menghampirkan diri padaMu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home