Tuesday, August 09, 2005

Happy Friendship Day




Selamat Hari Persahabatan. Aku pun tak pasti bila tarikhnya yg tepat, aku rasa macam 1 Ogos. Kalau betul la 1 Ogos maknanya dah 9 hari la aku terlewat. Hmmm..better late than never ya tak?

Sempena friendshipday ni ada 3,4 sms aku dapat dari kenkawan aku tapi aku sendiri takde pun ucap happy friendship day kat kenkawan aku. Ada gak teringat nak hantar sms tapi time tu kredit pulak abis. Bila kredit dah ada, rasa terlewat dah kalau nak ucap. Penting ke ucap happy friendship day ni? Penting juga kot, sebab dengan itu baru kita tahu bahawa ada orang ingat kat kita, ada orang menghargai kita sebagai sahabat/kawan mereka. So HAPPY FRIENDSHIP DAY!

Tuesday, August 02, 2005

Kerja baru

Alhamdulillah semalam aku start kerja baru, kerja tambahan yg tidak memerlukan aku berhenti dari mengajar tuisyen. Sebelum ini aku memang berhasrat untuk mencari kerja baru selain daripada takaful (takaful boleh buat part time) tapi masalahnya hampir semua kerja memerlukan aku hadir kerja 5 atau 6 hari seminggu pagi hingga petang. Malah kalau kerja kilang lagi penat kalau shift malam.

Minggu lepas tanpa disangka aku jumpa dengan abg Man, abg ipar kepada kawan aku yg bernama Ani. Ani aku kenal tahun 2002 sewaktu aku buat part time jaga cyber cafe. Abg Man offer aku bantu dia menaip surat dan apa2 berkaitan dgn pentadbiran pejabat. Alhamdulillah pejabat dia pun dekat saja dengan rumah sewa aku, 2km saja. Aku kerja 3 hari saja seminggu iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Selasa dan Khamis aku ada tuisyen manakala Sabtu dan Ahad cuti hehehe. Ok gak la kerja 3 hari seminggu dapat la pendapatan tambahan RM400. Alhamdulillah...