Monday, March 07, 2005

Dah start malas

Hari ketiga...aiseh dah mula rasa malas nak tulis blog nie. Mula2 hari tu semangat berkobar2. Apa la nak jadi....takpe kita tunggu dan lihat sampai berapa hari atau berapa bulan atau berapa tahun blog nie boleh bertahan. Target aku at least sampai akhir tahun ni aku kena pastikan setiap kali online aku akan tulis blog nie.

Semalam aku ke Johor jumpa bakal isteri serta mak dan ayah dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Insya Allah minggu depan Ahad 13 Mac kami akan ditunangkan dan kalau ada jodoh raya puasa nanti majlis perkahwinan akan dilangsungkan insya Allah.

Wassalam.

Friday, March 04, 2005

Hari kedua

Alhamdulillah aku masih lagi dipanjangkan Allah umur untuk terus menghirup udaraNya. Semoga setiap detik nafas ini menambahkan amal ibadah ku dan mendekatkan aku kepada syurga bukannya neraka.

Aku ingatkan dah berkubur la blog aku ni sebab tiba2 jer aku leh lupa lak apa la url untuk blog aku nih. Namun, tiba2 terlintas lak url dia dan memang betul pun. Perrhhh....panjang umur blog aku nih rupanya heheheh

Hari ni Jumaat 4 Mac 2005. Aiseh bulan Islam lupa la. Apa la nak jadi, nama jer umat Islam tapi lupakan bulan Islam itu sendiri. Asyik mengagongkan yang barat. Insaf la wahai diri aku sendiri.

Insya Allah lusa (Ahad) aku akan ke Yong Peng Johor untuk berjumpa bakal isteri aku. Ahad lepas dah ke rumah kakak dia, Ahad nie nak pergi lagi ke rumah mak ayah dia pulak dan insya Allah Ahad depannya (13 Mac) lagi sekali ke Johor untuk meminang dia pulak. Perrhhhh...cepat betul, cam tak sabar2 jer!

Moga2 ada jodoh antara kami. Baru jer 3 minggu kami berkenalan iaitu Jumaat 18 Februari.

Dah dekal pukul satu, kena pergi solat Jumaat.

Wassalam

Wednesday, March 02, 2005

Malam pertama

Assalamualaikum,

Hari ini hari Selasa, jam pada hansetku menunjukkan 2147 manakala jam pada skrin komputer ialah 9.56 malam. Malam ini merupakan pertama kali aku menulis blog ini.

Sebelum ini memang aku banyak membaca tentang kegilaan baru internet masa kini iaitu menulis blog. Aku pernah juga mempunyai websites khas untuk blog suatu masa dulu tapi ianya telah pun berkubur tanpa nisan sebab aku sendiri pun dah lupa url webblog tu hehehe. Malam ini aku baca blog kawan baik aku Fari, entah apa hal tiba2 aku terpengaruh terus daftarkan blog ini. Aku tak tahu sama ada blog ini akan hidup subur atau akan mati tanpa nisan seperti blog pertama aku yg sebelum ini.

Dah dekat pukul 10 mlm, kena balik rumah sebab pukul 10.15 dah janji dengan bakal tunang merangkap bakal isteri, nak bergayut dengan dia malam ni. Insya Allah moga2 ada jodoh antara kami dan kami hidup bahagia dunia dan akhirat.