Sunday, April 16, 2017

7 tahun telah berlalu..


masya Allah..cepatnya masa berlalu..last tulis blog ni 2010, sekarang dah 2017 jadi telah 7 tahun berlalu.. OK apa perkembangan dlm masa 7 tahun tu ya.. Alhamdulillah pada tahun 2012 telah berjaya beli rumah townhouse harga RM150 ribu. Tahun 2013 telah mendapat seorang cahayamata lelaki, sekarang dah umur 4 tahun, belum ada adik lagi..harap2 cepat ada rezeki untuk dapat anak lagi.. Itu saja kot..2014, 2015, 2016 tiada apa2 perkara besar yang berlaku rasanya..atau pun mungkin dah lupa? :D

Friday, December 31, 2010

Tak Jadi Beli Rumah

Sedih!

Dah jumpa rumah yg sesuai, harga yg sesuai dan lokasi yg sesuai tapi malangnya masa tidak sesuai untuk kami beli rumah sekarang. Kenapa? Dah lama kami berhasrat utk beli rumah tapi terpaksa ditangguhkan sebab kami tinggal berjauhan seorang kat Selangor dan seorang kat Perak tapi sekarang kami dah tinggal bersama. Kami dengan penuh semangat dan harapan mencari-cari rumah idaman dan akhirnya ditemui!

Tapi setelah itu baru kami sedari kami belum bersedia utk membeli rumah. Ya dari segi kewangan kami belum bersedia. Kami telah ada rumah yg hendak dibeli iaitu berharga RM190k dan kami layak buat pinjam utk beli rumah itu. Cuma yg kami tidak tahu ialah kami perlu sediakan deposit 10% dari harga rumah itu. 10% bersamaan RM19ribu. Mana kami nak cari RM19ribu dengan segera? Kalau sekadar RM5 ribu boleh lagi gadaikan gelang emas tapi RM19ribu dlm masa sebulan mana nak dapat?

Maka akhirnya kami terpaksa lepaskan rumah tersebut dengan harapan moga2 tidak ada orang lain beli rumah tu sampai tahun depan. Mungkin belum rezeki kami dan mungkin tahun depan kami dapat rumah yg lebih sesuai. Insya Allah..

Tuesday, December 28, 2010

Nak beli rumah

Semalam gi tengok rumah kat Bandar Baru Bangi. Lokasi memang tengah2 pusat bandar tu dan lokasi impian aku sejak lama. Rumah lama kecil saja dua bilik, luas rumah 500kps tapi ada tanah lebih depan dan belakang. Kalau ada duit boleh renovate utk tambah bilik lagi 2. Harga ditawarkan RM139k. Kat tengah2 BBB sekarang kira berpatutan la tapi nak try minta RM100k saja kalau dapat. Dengar cerita rumah tu dulu mula2 beli harga RM14ribu jer. Bayangkan harga RM14,000 dlm masa 20 tahun jadi RM140,000. WOW untung gila2 tuan rumah tu.

Pastu try search kat internet cari rumah2 lain kalau ada. Nampaknya rumah baru harga lebih dari RM250k dan melebihi kemampuan. Ada juga rumah flet dan apartment harga dlm RM80k - RM120k kira boleh beli la kalau nak tapi aku tak nak. Aku nak cari rumah atas tanah dan ada tanah untuk cucuk tanam. Dapat tanam pokok rambutan sepohon pun jadilah.

Rumah yg aku gi tengok semalam tu dah ada pokok mangga berbuah lebat. Masa nak balik tu sempat la minta dari penyewa rumah tu dua biji mangga. Laju jer abis bini aku makan kat rumah malam tu. Kalau jadi beli rumah tu nak renovate terpaksalah tebang pokok mangga tu. Sayang sungguh tapi terpaksalah sebab pokok mangga tu duk kat tengah2 laman, kalau kat tepi pagar sikit boleh la ejas2 sikit..

Penyewa rumah orang Sarawak suami dan isteri. Mereka tidak berhasrat utk beli rumah tu sebab akan balik ke Sarawak bila suami pencen tidak lama lagi. Mereka sewa RM430 sebulan, tuan rumah bagi murah walaupun sewa sebenar kawasan situ RM500.

Pilihan lain ialah beli rumah dua tingkat di Puchong Indah harga RM225k. Isteri aku akan mengajar di SK Puchong Indah mulai Januari 2011 ini setelah 6 tahun mengajar di Perak. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami duduk berdekatan. Dua tahun kahwin seoarang duduk Selangor dan seorang duduk Perak. Jumpa seminggu sekali saja. Sabar sajalah..

Thursday, March 25, 2010

glamer gak aku

Results 1 - 10 of about 430 for asr1177. (0.20 seconds)

Hahaha..aku try test buat search nama aku asr1177 kat google dan dapat 430 result. Result yg berkaitan dengan aku lebih dari 10 manakala yg bukan berkaitan aku 400 lebih hahaha..


Sebenarnya aku pun dah lupa kat blog aku ni tapi bila aku google jumpa balik blog aku nie so aku tulis la apa yg patut..

Pastu bila aku nak try buka blog nie mula2 tak dapat..ingatkan salah pasword (pelik gak dah 10 tahun aku tak tukar pasword camne leh salah lak) rupa-rupanya salah email..aku letak email yahoo sedangkan yg sebenarnya email google. Pasword dah betul dah..itu yg aku terkejut nape lak tak leh buka tadi..

Hmm..perkembangan terbaru aku..ada isteri seorang tapi belum ada anak. Dah dua tahun lebih kahwin..sabar aje la (aku pujuk diri sendiri)

Insya Allah ada rezeki tak ke mana :-)

Friday, October 17, 2008

Tanpa sengaja terjumpa blog ni

Jumaat 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429H sewaktu aku sesaja memain dengan google search aku tiba2 terbuka blog aku nie. Masya Allah telah tiga tahun lamanya aku tidak masuk sini dan tiba tulis apa-apa dekat sini tapi nasib baik blog nie tidak dihapuskan, masih terus aktif walau telah tiga tahun terbiar.

Ya tiga tahun lamanya. Sungguh detik saat masa tiga tahun adalah begitu lama tapi tidak aku sedar rupa-rupanya tiga tahun telah berlalu. Telah hilang tempoh waktu selama tiga tahun dalam hidup aku. Hilang takkan kembali lagi. Detik waktu yang telah aku sia-siakan kerana bila aku renung kembali tiada apa kejayaan bermakna telah aku capai dalam masa 3 tahun ini.

Ya memang ada sesuatu yang penuh bermakna berlaku dalam hidup aku iaitu alhamdulillah aku telah selamat diijabkabulkan pada 1 Syawal 1428H bersamaan dengan 13 Oktober 2008 jam 9.01 malam. Masya Allah telah setahun aku nikah? Begitu cepat masa berlalu. Ahhh..sungguh aku insan yang berada dalam kerugian. Sungguh-sungguh rugi.

Wednesday, November 16, 2005

Nothing

Rabu 16 Nov 2005

Saje online, tak tau nak tulis apa. Just nak penuhi target setiap kali online akan tulis blog.

Alhamdulillah hari ni hari ketiga puasa 6. Harap2 tahun ni dapat penuh puasa 6. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku dapat puasa 6 hari di bulan Syawal. Kalau tak silap tahun lepas langsung aku aku tak buat puasa 6, tahun sebelumnya dapat sehari saja. Memang kuat betul dugaannya utk menyempurnakan puasa 6 ini.

Masuk hari ni dah 3 hari juga aku tidak buat sebarang kerja. Motor rosak! Nak baiki tak ada duit. Nak pinjam duit kawan tak ada yg sudi nak bantu... atau barangkali ada cuma aku belum tanya orang tersebut. Aku ada ramai kawan tapi bila susah begini hanya 2,3 orang yg aku maklumkan kesusahan aku ini dan malangnya mereka tidak dapat menolong.

Sebenarnya tak perlu aku mengadu kesusahan pada mereka sebab masalah aku ni pun bukannya besar sangat. Setakat motor rosak, boleh pinjam sekejab motor kawan. Pinjam motor tak ada masalah, pinjam duit yg tak boleh. Tapi lama mana aku nak pinjam motor orang ye tak? Akhirnya aku terpaksa juga tiada pilihan kena baiki motor aku tu. Tak banyak pun kos dia, dalam RM150 jer tapi sekarang nie duit aku hanya ada RM3 saja dan dalam bank ada RM15.00 Macam mana aku nak hidup sampai hujung bulan ni, bulan depan dan bulan2 seterusnya?

Aku tiada kerja sekarang.. Aku dah berhenti jadi kerani, dah diberhentikan daripada TN, juga dah berhenti mengajar tuisyen kerana khidmat aku tidak diperlukan lagi utk cuti sekolah ni dan utk tahun depan. Betul2 aku seorang penganggur sekarang nie...

Sekali fikir nak kerja kilang saja, tapi aku memang malas sangat nak kerja shift. Juga aku malu kalau terjumpa dengan pelanggan aku kat kilang tersebut. Pilihan lain ialah kerja di KFC atau McD tapi 'si dia' pula tak suka aku kerja di sana.

Insya Allah utk minggu ni aku masih boleh 'hidup' lagi, stok meggi masih ada 13 bungkus lagi, cukuplah 2 bungkus sehari utk 7 hari. Apa nasib aku selepas itu?

Allah Yang Maha Mengetahui...

Setiap kesusahan tidak akan selama2nya susah... dan setiap kesenangan tidak akan selama2nya senang. Kesenangan dan kesusahan di dunia ini hanyalah sementara. Kesusahan dan kesenangan di akhirat adalah selama2nya...

Ya Allah... bantulah aku.

Friday, November 11, 2005

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya buat semua teman yg mengunjungi blog aku ini. Hari ini 9 Syawal 1426H bersamaan 11/11/05.

Sepatutnya esok hari yg penuh ceria dan berbahagia buat aku. Sepatutnya esok aku dinobatkan sebagai raja sehari. Namun apakan daya aku hanya mampu merancang, nampaknya Dia telah menentukan bahawa jodohku masih belum sampai lagi.

Sebulan lebih lagi usiaku meningkat menjadi 29 tahun. Cepatnya masa berlalu. Teringat sejak dulu aku berangan2 utk mendirikan rumah tangga seawal usia 23 tahun. Bila tiba usia 23 tahun aku masih lagi study di UKM, belum bekerja oleh itu aku tangguhkan ke usia 25 tahun. Menjelang 25 tahun aku masih belum mempunyai kerja tetap, belum mampu menyimpan wang utk perkahwinan maka aku harap di usia 27 tahun aku akan melangsungkan perkahwinan. Nampaknya takdir menentukan pada usia 27 tahun dan sekarang 28 tahun aku masih lagi sendirian.

Mungkinkah Syawal tahun depan jodohku tiba? atau mungkinkah tahun depan juga aku masih lagi sendirian? Allah Yang Maha Mengetahui...

Ya Allah pertemukanlah aku dengan hambaMu yg mukminah, jadikanlah dia penyejuk mataku, pendorong aku utk lebih menghampirkan diri padaMu...